Events

Event Title: ROLPOP5 CLEAN Bazaar Ramadhan @ Jalan Telawi
01-Jun-2018 to 05-Jun-2018 Past Event
Venue: Bazaar Ramadhan Jalan Telawi
Theme: Program CLEAN Bazaar Ramadhan ini merupakan Inisiatif Projek River Of Life (ROL) Public Outreach Programme (POP) Fasa 5 oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Global Environment Centre (GEC) merupakan perunding yang dilantik oleh JPS bagi melaksanakan ROLPOP5 yang mana merangkumi keseluruhan kawasan dibawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). CLEAN Bazaar Ramadhan yang Pertama telah dilaksanakan pada Bulan Ramadhan Tahun 2017 yang bertempat di Bazaar Ramadhan Flat Pkns Jalan Kuching. Untuk tahun ini, ia diteruskan disini iaitu Bazaar Ramadhan Jalan Telawi, Bangsar atau Zon 4 ROLPOP5. Tujuan perlaksanaan CLEAN Bazaar Ramadhan ini adalah untuk menggalakkan pengunjung bazaar ramadhan menggunakan bekas makanan yang boleh digunapakai semula. Selain itu, melalui program ini juga diharapkan pengunjung dapat memberikan sokongan dengan bijak memilih gerai yang mengamalkan penggunaan produk/ pembungkus mesra alam selari dengan Tema Sambutan Hari Alam Sekitar Dunia iaitu BEAT PLASTIC POLLUTION.


Back