Articles / Newsletter

Ini 51 sungai tercemar di Malaysia...
Date 22-Dec-2018 | Category | Author Rahimah Abdullah, Astro Awani
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-51-sungai-tercemar-di-malaysia-194141

 

Ini 51 sungai tercemar di Malaysia...

Sungai Kerayong yang merentasi Kuala Lumpur dan Selangor dikategorikan sebagai sungai tercemar serta berada pada kelas empat. - Gambar: Rahimah Abdullah

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendedahkan senarai 51 sungai tercemar berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2017.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim berkata, 24 sungai berada pada Kelas Tiga, 26 sungai Kelas Empat, dan sebatang sungai Kelas Lima.

Terdapat enam kelas sungai dikategorikan JAS iaitu Kelas 1 (Dalam keadaan semulajadi), Kelas 2A (Air memerlukan rawatan konvensional), Kelas 2B (Air boleh digunakan untuk rekreasi), Kelas 3 (Air memerlukan rawatan intensif), Kelas 4 (Hanya untuk tujuan pengairan dan Kelas 5 (Air yang tercemar teruk).

Antara sebab menyebabkan sungai tercemar adalah akibat aktiviti industri, kumbahan, penternakan, dan sikap membuang sampah sesetengah masyarakat. 

Senarai sungai tercemar di Malaysia. - Awani Design

Senarai sungai tercemar di Malaysia. - Awani Design

[ Back ] [ Print Friendly ]