Ipoh: Atas rasa tanggungjawab terhadap alam, masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Tonggang, dekat Ulu Kinta, di sini menubuhkan pasukan belia khas dikenali sebagai Youth River Ranger bagi menjaga kebersihan dan kualiti Sungai Kinta.
Tok batin, Che Wan Alang, 43, berkata pasukan belia yang dianggotai 20 peserta itu ditubuhkan pada awal 2023 lalu atas inisiatif Projek Pengawasan Kelestarian Tadahan Sungai Kinta melalui Amalan Hidup Hijau.