Projek Pengawasan Kelestarian Tadahan Sungai Kinta melalui Amalan Hidup Hijau melibatkan komuniti wajar diperluaskan ke kawasan sungai-sungai lain di Perak.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, projek tersebut dilihat berjaya dalam usaha memastikan seluruh tadahan Sungai Kinta mencapai status sihat bagi jangka masa panjang.
Menurutnya, susulan kejayaan projek rintis itu, beberapa dokumen serta panduan telah dibangunkan seperti Lembangan Sungai Kinta Berasaskan Komuniti Untuk Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (CBKRB-IRBM), Sasaran Kesihatan Sungai Kinta dan Indeks Kesihatan Sungai bagi tujuan membantu pengurusan bersepadu melalui pendekatan dari bawah ke atas