Events

Event Title: Latihan RIVER Ranger 2.0 di PPR Lembah Subang 1
23-Feb-2025 to 23-Feb-2025 Past Event
Venue: Dewan Blok C, PPR Lembah Subang 1
Organizer: Yayasan OSK, Global Environment Centre (GEC)

Pada hari ini, Ahad, 23 Februari 2025, di bawah Program Pemuliharaan Sungai Berasaskan Komuniti: Projek Perlindungan Sungai Kayu Ara, satu sesi Latihan RIVER Ranger 2.0 telah dianjurkan oleh Global Environment Centre (GEC) bersama Yayasan OSK dengan sokongan JPS Daerah Petaling dan KRT Blok- Blok PPR Lembah Subang 1. Sesi latihan ini berlangsung dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Blok C, PPR Lembah Subang 1.

Seramai 40 orang peserta telah menyertai sesi latihan ini, terdiri daripada penduduk PPR Lembah Subang 1 dan Sahabat Sungai Kayu Ara (SUKA). Majlis ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Zulaikha Zulkifli, Pengurus Yayasan OSK, dituruti oleh ucapan perasmian oleh YB Tuan Lee Cheang Chun, Ahli Parlimen Petaling Jaya. Majlis juga turut disertai oleh YBhg Tuan Aznan Bin Hj Hassan dan Ahli Majlis kawasan Lembah Subang.

Sebanyak tiga (3) kit pemantauan sungai telah disampaikan kepada wakil komuniti dan wakil Friends of Sungai Kayu Ara (SUKA) selepas sesi pengenalan projek oleh Dr Kalithasan. Sesi latihan berlangsung setelah majlis perasmian dan modul teori disampaikan oleh En. Sathis. Sepanjang sesi latihan, para peserta telah didedahkan kepada:

  •  Teori dan sesi praktikal RIVER Ranger 2.0
  • Aktiviti pemantauan sungai dari aspek fizikal dan kimia di Sungai Kayu Ara  berhampiran SK Lembah Subang.
  • Kaedah memuat naik data ke laman web RIVER ranger secara dalam talian untuk tujuan pemantauan dan lokasi untuk pemantauan berkala.

Selain itu, sesi perkongsian antara peserta turut diadakan di mana peserta telah berkongsi data persampelan masing-masing dan didedahkan kepada kepentingan pemantauan sungai menggunakan kaedah sains rakyat. Program ini diakhiri dengan ucapan penutup dan langkah ke hadapan oleh Dr. Kalithsan, bagi memastikan kesinambungan usaha pemuliharaan sungai di masa hadapan.

 


Back