*RIVER CARE PROGRAMME: NATURE-BASED SOLUTIONS (NbS)*
Kayuh D’ Tonggang, 27 – 29 Mei 2025
Seramai 39 orang pelajar bersama 2 orang pensyarah daripada Fakulti Sains Sosial dan Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu telah menjalankan program pembelajaran lapangan dan khidmat komuniti di Kayuh D’ Tonggang (KDT) pada 27 hingga 29 Mei 2025.
Program ini memfokuskan kepada pendekatan Nature-Based Solutions (NbS) yang telah dilaksanakan oleh Global Environment Centre (GEC) di KDT dalam konteks pengurusan alam sekitar dan pemeliharaan sungai disamping melaksanakan edu-ekopelancongan. Program ini dijalankan bersama komuniti Orang Asli Kampung Sungai Tonggang.
Antara pengisian utama program ialah taklimat berkaitan Penjagaan Sungai dan konsep NbS, yang disampaikan oleh pihak GEC melalui pelbagai inisiatif eko-pelancongan komuniti. Peserta turut didedahkan kepada pelaksanaan Kelas Pembelajaran Terbuka Sungai, Sungai Seno’oi, yang merangkumi aktiviti pemantauan kualiti air sungai menerusi program RIVER Ranger 2.0, serta pelbagai aktiviti berkaitan pemuliharaan dan pendidikan alam sekitar.
Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu secara praktikal, malah turut memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan tinggi dan komuniti setempat dalam usaha pemuliharaan sumber semula jadi secara mampan.

#rivercareprogramme #unisza #naturebasedsolutions #globalenvironmentcentre #kayuhdtonggang
|