PETALING JAYA, 21 JULAI 2018 Sebagai sebahagian daripada agenda perlindungan air yang berterusan, Yayasan SPARK, komited untuk menyumbang RM2.5 juta untuk 3 tahun akan datang di bawah projek w.A.T.E.R+. Yayasan ini berhasrat menerajui usaha perlindungan sumber air dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan komuniti tempatan menerusi projek strategik untuk kerja-kerja ke arah bekalan air yang mampan.
Bagi memulakan Fasa 3 projek ini, Yayasan SPARK dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Global Environment Centre (GEC) telah membina tangki system air hujan di Blok 1, Desa Mentari di Petaling Jaya yang berhampiran dengan Sungai Penchala, salah satu tapak projek w.A.T.ER. sistem ini dianggarkan mampu menadah lebih kurang satu juta liter air hujan setahun dan akan memberi manfaat kepada lebih 1,800 penghuni untuk kegunaan umum seperti pembersihan, perkebunan dan pengairan semasa ketandusan hujan.
Renuka Indrarajah, pemegang amanah Yayasan SPARK berkata: “Water Stewardship” atau perlindungan sumber air merupakan tindakan strategik yang diambil untuk memastikan bekalan air diuruskan secara mampan sebagai satu sumber yang dikongsi bersama. Kami percaya komitmen kearah perlindungan sumber air bukan sekadar menjadi pengguna yang bijak. Menerusi Yayasan SPARK, kami ingin menerajui usaha ini menerusi kerjasama rapat dengan rakan-rakan kerjasama untuk melaksanakan pendekatan dan pendidikan kepada komuniti tempatan serta pelaburan untuk inisiatif-inisiatif strategik yang akan djalankan di lembangan Sungai Selangor, Sungai Penchala and Sungei Way.”
Sejak 10 tahun lalu, Yayasan SPARK telah melabur leblh RM 8 juta bagi Fasa 1 dan Fasa 2 Projek W.A.T.E.R. Yayasan SPARK telah menjadikan lima sungai sebagai “sungai angkat” iaitu Sungei Wey dan Sungai Penchala di Selangor, dan juga Sungai Senam, Sungai Buntong dan Sungai Kledang di Perak sejak 2007. Usahasama yang dibuat telah menyumbang ke arah peningkatan kualiti air di sungai-sungai yang terlibat, peningkatan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan sungai dan juga mengubah pemikiran mereka yang tinggal di sepanjang sungai yang disasarkan.
Tambah Renuka lagi: “Sehingga kini, kami telah melibatkan lebih 137 komuniti tempatan menerusi pelbagai program pendidikan dan kesedaran termasuklah Program Jangkauan Orang Ramai River of Life (River of Life Public Outreach Programme), Program Train the Trainers dan Unit Penjagaan Sungai Bergerak. Dengan program-program pemulihan sungai yang dilaksanakan, kami telah mewujudkan 12 komuniti penjagaan sungai yang aktif dan mendekati lebih 30,000 rakyat Malaysia.”
“Mewakili pihak Yayasan SPARK, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak GEC, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, MBPJ dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) atas sokongan berterusan untuk agenda perlindungan air kami.,” tambah Renuka.
Tuan Johary Bin Anuar, Timbalan Datuk Bandar MBPJ berkata: “Pemuliharaan air merupakan usaha kritikal yang perlu diuruskan secara efektif lebih-lebih lagi di kawasan bandar yang pesat membangun seperti Petaling Jaya. Melindungi sumber air merupakan tanggungjawab bersama dan kami komited untuk menyokong organisasi-organisasi yang memperkasa komuniti tempatan untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya. Inisiatif oleh Yayasan SPARK dan GEC dengan pelbagai pihak berkepentingan merupakan antara contoh terbaik yang mampu memberi impak dan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami amat menggalakkan organisasi-organisasi lain unttuk menjadikan Yayasan SPARK sebagai contoh dan melaksanakan projek-projek alam sekitar yang berhubung kait dengan aktiviti organisasi mereka.
Dr K. Kalithasan, Koordinator Penjagaan Sungai, GEC turut menambah bahawa: “Projek W.A.T.ER berjaya dilaksanakan dengan adanya kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan juga komuniti tempatan. Dengan halatuju projek yang telah diperbaharui, ia membolehkan kami memperkenalkan sumber bekalan air alternatif yang mampan sekaligus meningkatkan kesedaran pemuliharaan air kepada semua lapisan masyarakat.
Projek W.A.T.E.R merupakan kerjasama antara Yayasan SPARK dan Global Environment Centre (GEC) – sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan sungai dan air menerusi program-program berasaskan komuniti. Sumbangan berjumlah RM2.5 juta untuk tempoh tiga tahun akan datang akan membantu membiayai program-program pendidikan dan pelbagai inisiatif strategik yang berterusan sepanjang lembangan sungai yang disasarkan iaitu Sungei Wey,Sungai Penchala dan Sungai Selangor
Tahun ini, Projek W.A.T.E.R juga akan mula melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan d Selangor, ‘sungai angkat yang keenam. Pada masa yang menyumbang ke arah inisiatif strategik seperti sistem tadahan air hujan, teknologi ‘water thimble’ penanaman di kawasan tanah lembab dan juga program penghutanan semula di Raja Musa.
Orang awam digalakkan untuk mendaftar sebagai sukarelawan atau rakan kerjasama menerusi laman web Yayasan SPARK www.sparkfoundation.com.my